HAKIKAT DUNIA..
Kehidupan ini..realiti akan hakikat dunia..
Dunia hakikatnya INDAH dan MEMPESONA
Dunia hakikatnya MEMERITKAN dan MEMEDIHKAN..
Dunia hakikatnya ia bersifat fana..
Dunia ini tidak kekal dan tidak akan selama-lamanya..
Dunia ini segalanya bakal musnah..
Dunia ini..apa yang di dalamnya pasti akan hilang..
Dunia ini HAKIKATnya berpenghujung..
HAKIKAT AKHIRAT..
Hakikatnya adalah selama-lamanya..
Hakikatnya terlalu INDAH dan MEMPESONA..
Hakikatnya terlalu PERIT dan MEYAKITKAN..
Alam kebangkitan selepas kita dimatikan..
Alam pembalasan segala amalan..
Alam yang kekal dan tidak berpenghujung..
Alam ganjaran yang penuh kenikmatan..
Alam siksaan yang teramat perit azabnya..
Alam kenikmatan bagi hamba yang BERIMAN..
Alam kesengsaraan bgi hamba yang INGKAR..
Inilah 2 HAKIKAT yang pasti..
Hakikat yang bakal kita tempuhi..
Hakikat ini harus diteliti..
Hakikat ini harus diamati..
Hakikat ini harus diyakini..
Kita menentukan destinasi..
Hakikat dunia ini penentuan hakikat di akhirat..
Amalan dunia penentuan ganjaran akhirat..
Kerana dunia bakal mencorakkan akhirat kita..
Dunia dan akhirat tidak dapat dipisahkan..
Dunia ini LADANG persediaan ke akhirat...
Ladang yang perlu disuburkan agar ia tidak tandus..
Suburkan dengan amal soleh..
suburkan dengan ilmu2 bermanfaat..
Suburkan dengan JIWA2 yang tidak lali dan leka..
suburkan dengan mencari REDHA Allah SWT..