Berbicaralah tentang dakwah kerana itu lebih kekal, sedangkan manusia akan musnah. Allah adalah tujuan kami Rasulullah teladan kami Al Qur'an pedoman hidup kami Jihad adalah jalan juang kami Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Monday, September 15, 2008
MENCARI CINTA YANG HILANG
kurakamkan bahasa kalam ini
sebagai tinta nuraniku yang tumpah
kerana mata pena nya yang telah retak dan patah
lalu telah tenggelam ke dalam laut rasa yang amat dalam
ingin ku kutip dan ku perlihatkan
bungarampai keresahanku....
sekian lama ini,
betapa seringnya aku sibuk mengukur berapa kepaduan kasihmu
betapa seringnya aku menebar jaring cemburu tak bertepi
dan seringnya aku hamparkan pertanyaan..lihatlah
lihatlah kedasar hatiku, lihatlah...lihatlah ...dan lihatlah..
seringnya aku mengungkit cintamu, ketulusanmu
bolihkah ianya hanya untukku, hanya milikku
seringnya rajukku, tangisku dan tingkahku mencabar kelelakianmu
pun kau masih disitu
masih tidak membiarkan aku atau melepaskan aku
persis merpati putih yang kehilangan arah
sehingga aku alpa,
kenapa aku terlalu sibok melayani nurani yang telah dibisikan syaitan ini
sepanjang lorong perkahwinan ini tidak ku dengar keluhanmu
termasinkah masakkan ku, termaniskan teh yg ku hidangkan
maafkan aku kekasih,
biarlah ku cium tanganmu dan berilah kemaafan
halalkan lah cintamu selama ini sebelum dalam waktu yang
tinggal sedikit ini..entah sebentar lagi Izrail datang membawa salam
dan aku terlupa yg aku tiada apa2, bahkan sebutir cintamu itu
pun tak dapat ku bawa bersama ke alam abadi itu..
bahawa titian sehalus rambutku dibelah tujuh
Luasnya bumi mahsyar ..dengan matahari sejengkal
mampukah aku berjual-beli dengan amalan sebesar debu.
Duhai wanita yg hatinya terluka
usahlah membuang waktu yang singkat ini
menangisi cinta sementara sekadar pinjaman Allah
bangkitlah, pandanglah cinta abadi Rabi'atul-adawiyyah
sepertimana datangnya ka'abah mencari Rabi'ah
bagaimana kecewanya Ibrahim Idham kehilangan ka'abah
namun Rabi'ah berkata: Aku tidak mahu hanya melihat ka'abah
aku mahu Allah.!!!!
Duhai wanita yang terluka hatinya
semakin dikejar cinta kekasih, semakin ia lari menjauh dan menjauh
lalu ianya menjadi sia-sia
carilah cinta seindah cinta Rabi'atul-adawiyyah
seringnya mmeminta kefakiran 'zahid' disisi Allah
sedangkan 'zahid' itu hanyalah untuk insan lelaki yg memfanakan
dirinya semasa hidup kerana Allah. Dan antara mereka dgn Allah
tiada renggang sebesar rambut pun
"Aku bawa orang2 demikian sangat hampir kepadaku
dan aku jauhkan mereka apabila mereka berusaha mencapai AKu"
terdengar lagi suara: "Rabi'atul-adawiyyah antara Aku dan kamu
ada lagi tujuh puloh hijab, hijab ini mestilah dibuang dahulu
dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah kepada Aku, sia2 lah kamu meminta pangkat fakir dari Aku"
demikianlah...
carilah iman
carilah cinta Allah untuk membalut luka2 dihatimu
wahai isteri yg kehilangan cintanya.
Hjh Rini
14/9/2008
Johor.
Thursday, September 11, 2008
Indahnya cinta...
hanya boleh dirasakan dengan kehalusan nurani
..tak boleh disentuh dengan hujung jari
terpahat di hati
tersimpan mengharum kenangan
lembaran kata-kata jauh berliku dan berbatu
coretan pena kelmarin
merakamkan percikan cinta
Sakitmu adalah tangisku semurni budi
senyummu adalah bahagiaku dikamar hati
.......kekasihku suamiku,
Cintailah aku sedikit sahaja...tetapi abadi.
hjh Rini 3E
Wednesday, August 27, 2008
EMPAT EMPAT
Tuesday, August 26, 2008
MAHU KE MANA
SELAMA MANA
hari demi hari
kematian kian itu kian dekat
teruskah kita terlena
di tempat persinggahan ini
kematian adalah satu kepastian
sebagaiman siang yang bertempoh
akan berganti malam
dan kehidupan yang bertempoh
akan berganti kematian
satu perbatasan untuk menemukan
kehidupan yang kekal abadi
andai cahaya Allah
kau belakangkan
maka duniawi yang kau kejar
bagai kau mengejar bayang-bayang
semakin dikejar semakin lari
dan akhirnya dirimu jua yang rugi
selama mana pun hidup di dunia
tetapi tidak untuk selama-lamanya
mungkin hari ini
esok atau lusa
kita pasti menemui mati
melihat dengan mata biasa
kita mudah tertawan dengan pesona dunia
yang membuat kita leka dan terpedaya
terlupa mati menanti di depan
melihatlah dengan mata hati
kenali yang hakiki
tentang adanya kehidupan abadi
selepas kehidupan sementara ini
sementara berada di dunia
waktulah inilah kita dapat sediakan
perbekalan untuk dibawa ke negeri Akhirat
sementara kita masih diberikan usia
waktu inilah kita dapat berbuat amal soleh
RS^1:30 pm, Ladang Herba
Wednesday, August 20, 2008
Puisi Iqbal
Sebagai umat kau telah mempunyai ukuran dan
alat penilai, sampai ke mana kita dan hendak
ke mana lagi.
Pengalaman yang kau perolehi dari perjalanan
yang jauh, akan berguna dan bermakna dalam
mencari kemungkinan bagi langsungnya cita
masa depan.
Ambilah kesimpulan dari kekeliruan dan
kegagalan masa lampau,
Belajar dari masa lalu, pasti kau akan sampai
ke mercu.
Kejujuran dalam perjuangan memesankan agar
kita mengakui terus terang tentang kekeliruan
dan kelemahan diri.
Yang demikian itu penting untuk menyusun
panduan masa datang, mengendalikan kehidupan,
cita dan agama.
Cahaya dari pelita lilin yang lemah dan lembut
itu perlu dihargai kerana ia telah berjasa
memecahkan sudut yang gelap.
Kini.........
Kau tidak mudah putus-asa. Kau terus berusaha
dan memandang masa depan.
Memandang ke muka dan ke kaki langit.
Kau jua sanggup menempuh seribu macam
dugaan, dan teruskan perjalanan entah bila
akan sampai ke perhentian.
Di tengah laut lepas dan luas, pencalang
ramping berayun mengikut amukan air.
Awan menyearng dari kiri dan kanan,
gelombang mengganas, badai menghempas
jurumudi mendapat ujian
Pesan seorang pemimpin, jadikan pedoman
dalam hati.
Berfikirlah sejenak dan melihat ke atas......ada
sebutir bintang terang mengirim sinar ke bumi.
Kau adalah kaum muslimin, nama pilihan dan
kehormatan yang diberikan Tuhan dari dulu
sampai sekarang.
Kau golongan umat yang beriman hadapi
kenyataan hidup ini dengan kesedaran,
keinsafan dan kewaspadaan.
Hadapi kenyataan di bumi denga ketenangan
jiwa dan keyakinan hidup.
Hanya dengan itulah saja, kau akan bermakna
dan berguna di tengah-tengah manusia di dunia.
TUHAN
cintaku laksana mentari
melahirkan bakti kepada dunia
cintaku umpama bulan
mengambang menemani malam
cintaku seperti lautan
terhampar luas tiada pernah bertepi
bagaikan terentangnya bumi ini
tanpa hujungnya
dan bila aku bercinta
hatiku menjadi damai dan tenang
tidak parah kerana kecewa
tidak bimbang dan risau
kalau bertepuk sebelah tangan
kekasihku paling Mengerti
Mengasihani dan Pemurah
aku disuruh rukuk dan sujud
diajar punya hati yang sekeping menjadi
bersih hanya untukNYA
MARZAWATI BADLI
KITA PERLU BERJUANG TERUS
tanpa mengira duri apa itu
yang menghalang langkah
selagi tenaga tak kering
nafas belum membeku di hujung kaki
untuk berhenti
oh sama sekali tidak
sebelum berjuang memburu mimpi
menjadi realiti
duka diri terbalut
hidup tiada lagi bulan gerhana datang menghantuk
biar kita mampu tersenyum
bukan lantaran dipaksa
tapi memang justeru dalam nyanyi bahagia
dikasihi Tuhan Maha Esa
MOHD ADID AB RAHMAN
TABAHKAN HATIKU
kau Maha Mengetahui
gerak langkah
dengan lintas kalbuku
sesungguhnya denyut nadi adalah nafasku
aku bukanlah al-Kamil.
Sesungguhnya Kaulah Hakim yang maha saksama
lagi Maha Pengampun
tika ini
aku tidak lagi bernafas semalam
kepuasan dan kehampaan menerjahi sanubari
apakah taubatku diterima atau dilaknati
dan
apakah diri ini dikasihi atau dibenci?
Ilahi
redhalah diri ini
dalam aku menghabiskan sisa hayat ini
tabahkan hatiku
menempuh perjuangan
ke arah menemuiMu
sejahteralah amal baktiku
dunia dan akhirat.
ROSNAH ABU SAMAH
DOA
melihat cinta lain
dan asing,
selain memalingkan wajahku
ke jalan cinta-Mu
dengan kefakiran dan kemuliaan,
kerana hanya satu kebenaran
tiada yang lain kecuali kau, tuhan
mempesona safa cinta
bagai taburan benih di gurun
dengan apa lagi aku dapat menyakinkan?
aku ingin kembali ke dalam diri
merenangi laut cinta-Mu
mencari makna manusiawi
mengenal diri hakiki
Bebaskan diriku dari rimba sesat
yang membelenggu kefanaan
biar kumabuk oleh anggur cinta-Mu
Maha Suci Tuhan
Kau terlau banyak memberi
dan aku terlalu banyak menerima,
dalam ketidakberdayaan ini
aku sujud di kaki-Mu
dengan keinsafan
kekerdilan seorang insan
M. HANAFIAH A.SAMAD
Tuesday, August 19, 2008
PEREMPUAN
mereka adalah sama
lemah digoda
perlu belaian mesra
lalu tertipu oleh
pujuk rayu
lelaki pemburu.
Di mana-mana pun
mereka adalah sama
senang mengalir air mata
dahaga rindu puji-puja
dari lelaki sang pemuja
lalu bagaikan istana pasir
runtuh harga diri tiupan goda
menyerah cinta berbalut nafsu sarakah
menyerah harga diri yang cuma satu-satunya
pada lelaki donjuan itu.
Di mana-mana pun
mereka adalah sama
mengharap bintang di langit hidup
meski dirinya amat tahu
tak mungkin jari-jemari mengaitnya
turun ke riba.
Dan sesungguhnya
di mana-mana pun
bani hawa itu adalah sama
kecuali
perempuan yang hatinya tepu dengan iman
perempuan yang lidahnya basah dengan zikrullah
yang meletak imannya
di puncak hidup
yang tegak berdiri
dengan kemulian peribadi
itulah perempuan sejati.
WAN MUHAMMAD SAID
LUKISAN ZAMAN
ada air hujan
melukis lanskap sepi
di sini
sungai kehidupan yang kendur
menunda kemelut zaman
ke muara,
sesekali kita harus kembali
menyatukan keyakinan
dengan hakikat watu
atau membancuh nilai peribadi
dan kekalutan ini
dengan warna keimanan yang kental,
sewaktu-waktunya
kita juga harus pandai meletak diri
antara sejuta garis yang menyilang
di kanvas alam-Nya
kerana kitalah
yang diamanahkan
menyiapkan lukisan ini
sebelum ia terpamer
di rumah keadilan
pada tahun yang lain
AWANG ABDULLAH
ISTERI YANG ULUNG
bandar Mekah dicengkam alam jahiliah
berhala disanjung puja
latta dan uzza penghulu nama
di pasar ukaz pesta ratu cantik hiasan mata
pesta puisi pujaan berahi mencemar bumi suci
hiasan nafsu mencemar dinding-dinding Ka'aba
Di kala itu:
lahirlah seorang manusia agung
membawa kalimah yang satu
Allahu Akhbar
Allahu Ahad
Wahid dun Ahad
lalu bangkitlah manusia musyrikin
pedang bersilang, tombak menjulang
hancurkan dia, hancurkan dia
Muhammad manusia penentang tradisi moyang.
Di kala itu:
hanya seorang isteri sukar diganti
berdiri di sisi
Khadijah puteri Khuwailid
Dialah orang yang pertama mengamankan ketakutan
dialah orang yang pertama meresapi wahyu dari gua itu
mententeramkan jiwa yang gelisah
melahirkan azam jiwa yang rekah
lalu
bersama mengharungi duka nestapa
hingga bersemilah kalimah itu
di setiap jiwa yang syahdu.
Ummul Mukminin
peneguh jiwa hati lelaki.
Khadijah puteri Khuwailid
isteri yang murni
Dikala itu:
sepi menghadapi tahun duka
Khadijah meninggalkannya,
mendahuluinya.
Lalu setiap musim penyembelihan
adalah longgokan untuk sahabat yang tinggal
mengingati yang pergi yang tidak dapat dilupakan
walau kini ada gantinya.
Sungguh! Yang pergi tidak dilupakan
hinggakan setipa rentak terompah mendebarkan
melahirkan detik cemburu di hati yang dara.
'Aisyah, tenanglah,
Wallah belum diganti tempatnya Khadijah
yang pertama beriman padaku
yang pertama melahirkan anak-anakku,
yang pertama berkorban untuk agamku.'
Khadijah puteri Khuwailid
Ummul Mukminin
isteri yang agung
kini kurasai nikmat pengorbananmu.
Oleh Hajah Khadijah Kutah
DENGAN PUISIKU INI
bukalah dadamu yang kering
jika benar kau menanti kelembutan
di ujung padang
malam yang retak.
Pandang ke langit luas, lelakiku
begitulah bersih dan tingginya kesediaan
menunggu kau datang dengan salam
mengetuk kamar hati
penuh kerelaan.
Renung ke laut terbentang, lelakiku
serjauh itulah dalam dan redupnya penerimaan
mengizinkan kau hadir dengan ikhlas
menyelam ke dasar jiwa
penuh kesedaran.
Lelakiku, lafazkan kasih dengan budimu
lalu imamkan setiap amalanku
untuk saling ingat mengingati
tawakal merendah diri
di bawah cinta Allah.
HASIDAH DISAN
Zuriat
ikatan
Takdir ketentuan membuka
lembaran
Kesekian ketika jalinan hayat
Membuah cahaya kurniaan zuriat
Mendidik mengasuh penuh
kemesraan
Segunung harapan mengharap
kejayaan
Detik hari memintas waktu
Terkejar usia hari berlalu
Zuriat meningkat dewasa
menanda usia sudah ke senja
Tersapa keinsafan senja menanti
melabuh sauh akan berpergi
Yang berputik akan berkembang
Yang layu akan berpulang
Begitu lmrah ketetapan azali
semua nantinya akan menghadap ilahi...
Nukilan: Nurul Afiza
Jalan ini...
kadang kadang terasa sukar untuk dilalui
ranjau nya penuh duri
membuatkan ku tak mampu untuk harungi
kekadang aku rasa kuat dan penuh semangat
kekadang aku rasa lemah selemahnya..malas menguasai..
kenikmatan bersenang - senang mengulit hariku...
jalan ke syurga itu memang penuh dengan duri ..
penuh dengan cabaran...
penuh dengan halangan....
jalan ke neraka pula penuh dengan kenikmatan..
kenikmatan dunia yang tidak kekal...
yang hanya sementara...
yang sering membuatkanku terlena...
membuatkanku senang.
tapi di akhirannya...
jalan yang penuh liku dan duri menjanjikan kenikmatan
yang bukan sementara
tapi kekal selamanya...
manakala jalan yang penuh nikmat itu,
nikmatnya akan hilang..
kesukaran yang berganti..
kesakitan yang akan mendatang..
nikmatnya tidak hakiki..
nikmatnya tidak kekal...
hujungnya berduri...
gelap.......
tapi ramai yang mengikut jalan yang menjanjikan nikmat sementara itu,
jalan yang luas itu,
jalan yang mudah itu..
jalan yang senang itu...
apakah mereka tidak tahu..
atau mereka tidak sedar..
atau mereka pura pura tidak mengerti..
oh tuhan...
ya rabbul izzati
ya rahman ya rahim
ya karim
engkau lah yang memerintah..
kau mengetahui sedang aku tidak mengetahui
padamu ku berserah
jangan biarkan aku tenggelam dengan nikmat sementara
jangan biarkan aku diulit mimpi yang hujungnya duri
ku serahkan segala urusanku kepadamu...
http://zikrasrar.blogspot.com/
-monolog Aliah-
Akan ada di kalangan umatku seglongan umat yang muncul berpegang kpd kebenaran.mereka x disusahkan oleh sesiapa yg mengacuhkan mereka smpai datang perintah ALLAH,mereka tetap seperti itu.
Indah kalam Rasul Junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqamah,tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji ALLAH pasti datang!!!
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
Satu janji,satu anspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi??
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Illahi,
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri..
Firman ALLAH s.w.t:
(ALLAHlah yg Maha Kaya sedangkan kamulah orang yg
brkehendak (kepada-Nya),dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu)dengan kaum lain,dan mereka x kan seperti kaum ini.)
Ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia x kan teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-Nya yg bermalas-malasan,
Sentiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya iman,
Cinta ALLAH dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah,penuh ujian
Dibiarkan ALLAH dgn keasyikan,
Tertipu dgn jalan kehancuran..
Ketahuilah Puteri-puteri..
ALLAH memelihara jalan-Nya,
Agar disusuri hati bersih,
Sarat ketaqwaan,
Merindui wajah-Nya,
Jua keredaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbangilah sayangku,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan….
-monolog Aliah-
http://aliah93.blogspot.com/
Cinta Agung – Qathrunnada
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
forward by arissa 3E
jejalur iman
Ampunilah aku,
Sesungguhnya hanya Engkau Yang MAHA Pengasih lagi MAHA Penyayang..
Hanya kasihMU yang abadi
Dan hanya hidup disisiMU sahaja yang berkekalan..
Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan
Ku dalam proses adaptasi dunia yang belum kukecapi
Ku bermuhasabah dalam mendaki langit kehidupan
Ku merenung mentafsir mengkaji kejadian kebesaranNYA
MAHA suci ALLAH
Syukur dikalungkan padaNYA
Selawat ke atas junjungan besar kekasihNYA
Ya Muhammad s.a.w
‘ Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah’.
Ya ALLAH,
kepadaMU kuberserah
denganMU kuberiman,
kepadaMU kubertawakal
kepadaMU kukembali,
keranaMU kuberbantah
kepadaMU kuberhukum,
Maka..
Ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian
Apa yang tersembunyi dan yang nyata
Apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku..
Ya ALLAH,
Penuhkan hati ini dengan NUR RabbaniMU
yang tak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan IManMU
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMU
Kuakui qada’ dan qadar
Maka..
Matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada
Yang memperjuangkan agamaMU
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
Amin…amin.. amin..
Ya Rabbal A’lamin..
Allahu yubarik
-nurfatihafadila ( simple_shida 08 3E //www.drtuah.com/)
INGATLAH MATI ITU MENGEJARMU
Wahai insan di bumi yang serba canggih,
Janganlah kau angan-angan begitu panjang,
Ingatlah kelalaian itu,
Tidak ada kesudahannya...
Bintang-bintang yang menemani hari depanmu,
Satu kehormatan yang ada matlamat,
Dan sekatan ini mesti ada sempadan,
Kini jangan percaya segala perdaya hidup,
Matimu sentiasa menggamit,
Pastikan dirimu tidak diperdaya lagi,
Dalam zaman yang jahiliyah menebus budi.
Renunglah dan ingatlah mati itu,
Tidak dapat lari,
Kecantikan jadi rahsia,
Apa yang lebih berkuasa Maha Kuasa,
Itu semua jambatan yang tiada penghujungnya.
Pada hidup yang serba canggih,
Sudahkah kau bersedia?
Dari liku-liku hidup,
Dari hamba yang daif,
Perjalanan pasti kematian sudahnya.
Kematian satu jadual,
Kamu pasti cinta dan kota,
Dimata tempatnya,
Kiranya ingatanmu,
Sudah menjelang untuk bersedia,
Kesudahanlah segalanya.
(Puisi sahabatku yg tidak nyatakan nama)
Rintihan Seorang Pejuang.....................
Rintihan Seorang Pejuang.....................
Alangkah beratnya amanah ini
Alangkah besarnya tugas ini
Kami berkewajipan menghapuskan Sampah Sarap Jahiliyah yang bertimbun ini
Kami berkewajipan pula menegakkan asas yang kuat dan teguh di atasnya
Untuk membina bangunan yang besar
Iaitu bangunan Daulah Islamiah
Walaupun kami merasa betapa berat amanah ini
Tetapi kami juga merasa
Betapa mulia dan agungnya tugas ini
Wahai Tuhanku!
Kami berjalan di atas jalan dakwah
Dan kami terdedah kepada pelbagai cabaran
Ada di antara kami yang singkat cita-citanya
Lalu dia berundur dan duduk
Ya Rabb!
Sesungguhnya bebanan dakwah
Di atas gelanggang ini amat banyak
Dan amalan itu amatlah berat
Memerlukan angkatan lelaki mukmin
As-Sidiqqin lagi berpendirian tetap
Maka ramaikanlah lelaki demikian dikalangan kami
Ya Rabb..
Demikian juga muslimat
Srikandi Tanahair Muslimin
Yang Telah bangkit Hari ini
Dan tampil ke hadapan Untuk mencabar segenap gelombang keruntuhan dan
kerosakkan.
Ya Allah..........
Istiqamahkanlah kami, Teguhkan Aqidah Kami, Bantulah Kami
dalam meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini.....
Dan, moga kami mendapat barakah, maghfirah, dan apa yang kami cari......
hanyalah Keredhaan dariMu............................. Ya Ilahi.............
http://mardatillah.multiply.com/
Hinanya daku
Aku akui betapa lemahnya diriku ini..
Diriku selalu saja nafsu membelenggu
Apakan daya yang ada dalam diri ini
Imanku selalu dipinggirkan
Nafsu seringkali menerjah diriku
Mengajak ku ke arah kemurkaanmu
Diri ini selalu tewas dengannya..
Ya Allah..
Adakah diriku ini dapat memenangi hatimu
Adakah aku memperoleh syurga mu..
Ku takut dihumban ke neraka mu
Betapa hinanya daku
Untuk merdeka masuk kesyurgamu
Ya Allah
Terasa kosong jiwaku
Seperti ada sirna di hati ini
Betapa kejinya diri ini
Tidak mengendahkan apa yang kau kehendaki
Seringkali ku alpa dan leka
Dengan dunia fana yang kau kurnia
Ya Allah
Ingin saja daku berdamping denganmu
Tapi syaitan selalu mengambil hatiku
Betapa lemahnya iman ku
Semakin jauh dari makanannya
Semakin lemah dibuai hasutan dia
Ya Allah
Adakah kau mendengar isi hatiku
Terasa kehilangan suatu yang bernilai…
Aku telah jauh dari jalanmu
Masih dapatkah aku memenangi dirimu lagi
Ya Allah
Mataku merintih bijian jernih
Memohon keampunanmu
Tapi aku sangsi akan diriku
Adakah engkau akan menerima taubat mu
Aku telah membuatkan Mu murka…
Terimalah taubatku
Terimalah Ya Allah
Hanya engkau yang maha mengasih dan penyayang
Ampunilah daku……
//www.badiuzzamani.blogspot.com/
Doa seorang sahabat
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik,
hajat dalam agama,
dunia dan akhirat.
Ya Allah
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya padaMu.
Jika dia merindui,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu,
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.
AMIN
-dari seorang sahabat yang mengasihimu -
//www.badiuzzamani.blogspot.com/
Wasiat Rasulullah kepada Muaz
kuwasiati agar
bertakwa kepada Allah,
berbicara yang benar,
teguh memegang janji,
menyampaikan amanat,
meninggalkan khianat,
mengasihi anak yatim,
menjaga tetangga,
menahan amarah,
berbicara lembut,
memberi salam,
setia pada imam,
memahami al-Quran,
menyukai akhirat,
memprihatinkan hisab,
memendekkan angan-angan,
dan beramal baik.
Serta aku larang engkau
memaki orang Islam,
membenarkan orang dusta,
mendustakan orang benar,
menderhaka imam adil,
dan membuat kerosakan di muka bumi."
Badi' az-Zaman Sa'id alNursi
Dunia ini adalah perladangan. Oleh itu bercucuk tanamlah dan tuailah hasilnya. Jangan dibiarkan ia dipenuhi semak dan duri dan kekotoran.
ANDAINYA AKU PERGI
andainya mentari pagi
tidak akan dapat kutatapi
memang itu janjiMu Ya Ilahi
tiap yang hidup pastikan mati.
Tiada apa yang dapat kubekali
hanya amal ibadat duduk di sisi
harta benda tidak bererti
itu semua hiburan seketika
pasti ianya lenyap jua.
Aku tidak mahu ditangisi
andainya aku pergi
tetapi yang aku idami
ampun maaf semua sekali
doa untukku usah dilupai
agar terampun dosa yang kulakui.
Hayati Yahaya
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,
Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,
Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...
http://nurulfarienaasli87.blogspot.com/
Mengenali Syeikh Abbas Asisi: Penyeru Cinta Dakwah
Thursday, January 22, 2009
Pada tanggal 8 Ramadhan tahun 1425 H bertepatan dengan tanggal 22 Oktober 2004 dakwah Islam telah mengakar di Mesir, Syeikh Abbas As-sisi –rahimahullah- salah seorang tokoh pada tahun 30 an, pemilik institusi khusus dakwah yang dikenali dengan sekolah penuh cinta kerana pemiliknya terkenal dan masyhur dengan seorang yang penuh cinta, murah senyum, hati yang lapang dan terbuka. Beliau merupakan salah seorang dari sekian banyak orang yang tidak pernah kering dengan ideologinya dan amat teguh dalam dakwahnya walau dengan cubaan dan ujian yang berat yang menimpa dakwah di Mesir, bahkan beliau menerimanya dengan penuh cinta, syiar beliau yang paling terkesan adalah “Dakwah kepada Allah adalah cinta” dan bahkan syiar tersebut menjadi judul buku pada sekolah dakwah, dan dikenal oleh banyak generasi bahawa dakwah adalah cinta dan bahawasanya dakwah Islam tidak mengenal kekerasan.
Tentunya tidak asing bahawa beliau memiliki banyak pengikut -25 ribu atau lebih- dari pemuda yang mencintai beliau dan menimba ilmu dan pembinaan di sekolahnya, mendapatkan konsep-konsep tarbiyah yang dianggap telah usang dan konsep-konsep tarbiyahnya yang telah hilang dari banyak generasi di masa awal setelah mereka ditempa tarbiyah ala militer dan nilai-nilai keperajuritan yang keras, yang telah menghabiskan masa muda mereka di balik jeruji besi dan berkunci rapi; sehingga memberikan pengaruh yang sangat besar terhadap manhaj dakwah ketika berhadapan dengan ujian dan siksaan.
Adapun beliau setelah keluar dari penjara seperti seorang yang lebih muda dari para pemuda lainnya; banyak senyum dan toleran walaupun terhadap musuhnya, dan melalui tangan beliau yang halus dakwah Islam bergerak, khususnya di tengah para pemuda “Jamaah Islam” di beberapa universiti di Mesir, metode dan sekolah beliau menjadi sebab bergabung dan bersatunya -terutama jamaah al-ikhwan al-muslimun pada tahun 70 an-, para ulama seperti Ibrahim Az-Za’farani dan Khalid Daud di Alexandria, Abdul Mun’im Abdul Futuh dan Hilmi Al-Jazar di Kaherah, dan Abu al-Ala Madhi di pedesaan.
Guru para pemuda tentang cinta dan perasaan
Abbas As-sisi merupakan sosok penghubung yang lembut dengan para pemuda terutama saat pecah gerakan kebangkitan Islam pada tahun 70 an yang memiliki pengaruh sangat besar dari terhindarnya para pemuda pada garis keras dengan manhaj dan metode dalam berdakwah kepada Allah yang bijak bijak.
Abbas As-sisi juga memiliki pengaruh yang besar dalam meluruskan etika dan perilaku Islam khususnya di Kota Alexandria -sebagai salah satu pusat kebangkitan yang menjadi medan dakwah yang luas-, mungkin hanya sedikit dari para da’i yang menerapkan kaidah ini dalam perilaku dan interaksi hingga dapat memberikan kelembutan di antara para pemuda dengan dai penyeru perasaan; kerana begitu banyak yang dibicarakan dan ditulis serta dimotivasi sehingga memiliki hubungan dengan beliau.
Abbas As-sisi (1918-2004) merupakan salah seorang da’i generasi awal dalam harakah Islam yang gigih dalam berkomunikasi dengan para pemuda dan memfokuskan dakwah kepada mereka, berinteraksi dengan mereka selama beberapa tahun antara kemajuan dan kemunduran. Beliau memiliki banyak pelajaran yang mampu memberikan pengaruh pada setiap tingkatan. Beliau juga telah menyaksikan kemajuan dakwah Islam pada kurun waktu tahun 80 an yang merambah ke dalam berbagai universiti di seluruh pelusuk
Begitupun muhadhoroh-muhadhoroh beliau di kota Alexandria setelah dimulainya gerakan pengikisan di berbagai universiti Mesir, dan setelah terjadi benturan antara gerakan dan kekuasaan yang berakibatk pada tersosialisasikannya persatuan pelajar, lembaga sosial dan aktiviti di masjid-masjid, memberikan pengaruh besar dalam menenangkan jiwa yang bergolak dan menghilangkan sikap ekstrim, setelah adanya pertemuan dalam muhadhoroh saat itu.
Beliau tidak pernah meremehkan undangan para pemuda untuk berjumpa dengannya, kerana beliau memang gigih dalam menanamkan ruh cinta dan ukhuwah diantara mereka, sebagaimana beliau tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk berkunjung, beliau berkata :
“Saya pernah diundang untuk ziarah pada sekumpulan pemuda, dan memakan waktu perjalanan selama 3 jam ! dan ketika tiba, saya dapati mereka telah menyambut saya sambil duduk! Mereka diam seperti batu, perasaan mereka seakan kosong, mata mereka seakan mati, akhirnya salah seorang yang tertua dari mereka menghampiri saya lalu saya sampaikan kepada mereka dengan tanpa perasaan dan ruh. Setelah selesai berbicara mereka berterimakasih kepada saya dan saat saya keluar seakan saya berta’ziyah pada orang yang meninggal!! Lalu saya kembali dengan sedih terhadap apa yang saya saksikan dan lihat!!
Waktupun berjalan; hari demi hari, minggu demi minggu, datang kepada saya salah seorang akh yang mengundang saya sebelumnya, datang mengundang sekali lagi untuk mengunjungi mereka.
Saya katakan kepadanya: Kemana?
Dia berkata: kepada Ihkwah.
Saya katakan kepadanya: apakah mereka ikhwah?
Dia berkata: Ya.
Saya berkata: Mustahil mereka dapat merasakan makna ukhuwah, bagaimana mereka seorang ikhwah…padahal datang kepada mereka seorang tamu, perjalanannya memakan waktu 3 jam, datang dengan penuh kerinduan yang membara, perasaan yang bergelora, dan jiwa yang lapang. Namun mereka menerimanya dengan perasaan yang lesu dan duka. Begitulah kehebatan tokoh ini begitu menghargai dan menghayati nikmat ukhwah dalam berjamaah.
http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2009/01/mengenali-syeikh-abbas-asisi-penyeru.html
Mengenang Pemergian Abbas Assisi
Jika Allah memuliakan sebahagian tempat atas lainnya. Maka untuk meraih tempat berkah tersebut kita mesti menziarahi ke sana. Selain itu Allah juga meninggikan darjat sebahagian waktu atas yang lainnya. Kita tunggu atau tidak, waktu tersebut akan melewati kita. Dan setelah itu terserah kita. Memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya atau bahkan bersikap tidak acuh dan seolah ia tidak ada.
Apapun sikap kita, Ramadhan telah menemui kita. Ustaz Abbas pun mendapat sebuah kehormatan dipanggil Allah di bulan mulia ini. Meskipun mungkin selama Ramadhan beliau tidak melakukan apa-apa. Tapi bukankah ketika beliau sedar beliau menafkahkan seluruh hidupnya untuk kemaslahatan dakwah Islamiyah. Kerana itu tidak berlebihan seandainya 8 hari beliau di bulan ini dihitung dan dilipatgandakan oleh Allah. Dia lah yang Maha mengetahui. Maha Pengasih yang sangat luas cintanya.
Ustaz Abbas memang tidak sepopular Syeikh Yusuf al-Qaradawy yang buku-bukunya sudah diterjemahkan ke berbagai bahasa.
Lelaki yang tamat usia pada tahun ke 86 ini mewaqafkan hidupnya untuk sebuah idealisme risalah dakwah. Semasa kecil beliau sangat mahir bermain bolasepak dengan lincah. Beliau bahkan mengaku tidak pernah membayangkan akan boleh menulis. Seperti yang diungkapkannya di mukaddimah Fi Qafilah al-Ikhwan al-Muslimin.
Buku setebal 855 halaman ini merupakan sebagian catatan perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan Hasan al-Banna, teman dan sekaligus gurunya yang mengajarkan kekuatan cinta. Beliau meresapi benar petua sang guru, "Perangilah manusia dengan (senjata) cinta."
Saya baru saja merancang untuk bertemu dengan beliau. Kerana lintasan berbagai peristiwa yang beliau rakam dengan goresan tinta benar-benar sarat pelajaran dan ibrah. Saya belum sempat menamatkannya. Kerana ingin perlahan-perlalan menelusuri sejarah beliau. Kisah yang sangat unik, menarik dan bukan fiktif.
Beliau adalah guru cinta bagi dakwah al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Ceramah dan tulisan-tulisannya selalu ditargetkan buat membidik hati. Bukan sekadar menebar pesona dan simpati. Namun, kekuatan karisma, cinta dan rasa persaudaraan yang tinggi.
Beliau adalah "sisa-sisa" generasi awal IM yang melalui hari-hari pahit di balik jeriji dan berbagai intimidasi serta tuduhan stigma subversif. Kegigihannya tidak menjadikan gaya hidup beliau menjadi keras. Sebaliknya, lelaki berambut putih itu selalu menebar senyum untuk siapa saja. Dalam keadaan apa saja. Di mana saja. Jelas, keteduhan yang dalam akan nampak di wajahnya yang meski dimakan usia tapi tetap berseri menawarkan semangat hidup yang tidak pernah padam.
Lihat saja dalam tulisan-tulisannya, ath-Thariq ila al-Qulub (Jalan Menuju Hati), Da'wah ilallahi Hubb, al-Hubb fillah Risalah, adz-Dzauq Suluk ar-Ruh dan lain-lain. Bacalah bukan hanya dengan mata. Hati Anda benar-benar telah ditariknya.
Kegigihan dan keberaniannya tidak pernah diragukan. Beliau terlibat dalam perang dunia 1940 di Gurun Barat (Gharbea). Beberapakali mengalami penangkapan. Dan pada awal 80-an menjadi salah seorang perintis dakwah IM di luar negeri.
Saya sebenarnya kecewa. Tidak ada satu media pun yang memberitakan kepergiannya. Mengulas profilnya untuk diketahui perjuangannya dan dijadikan ruh perubahan. Sabtu, Ahad, Isnin pun berlalu. Tidak satu pun menyebut namanya. Sampai akhirnya saya menemuinya di Tabloid Mingguan Afaq Arabia. Tabloid parti pembangkang ini mengulas panjang profil beliau dan komentar tokoh-tokoh penting IM. Termasuk diantaranya, pimpinan spiritualnya, Syeikh Muhammad Mahdy 'Akif.
IM kehilangan salah satu tokoh pentingnya. Dan umat Islam juga merasakannya. Jasadnya memang tertanam dalam perut bumi. Namun, hatinya selalu hadir di tengah-tengah pada da'i, penerus hasratnya. Sebagaimana hasrat para pendahulunya.
Kini lelaki itu telah pergi. Menjumpai kekasihnya. Meninggalkan kefanaan yang kadang membuat terlena. Dan memasrahkan kebijaksanaan dakwah pada generasi setelahnya. Mahukah kita menyambut tongkat kebijaksanaan dakwah tersebut?
Saiful Bahri
Cairo, 20 Ramadan 1425

