Seorang penyair mengatakan:

Setiap penulis pasti akan mati dan berlalu
tetapi waktu akan mengabadikan apa yang ia tulis itu
maka janganlah menulis dengan tulisan tangan Anda
selain yang membuat Anda bergembira
pada Hari Kiamat ketika melihatnya.
Showing posts with label Puisi-puisi Hilal Asyraf. Show all posts
Showing posts with label Puisi-puisi Hilal Asyraf. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Kita manusia semua ada tersilapnya

Kita manusia semua ada tersilapnya.
Cuma mungkin kesilapan kita berbeza-beza dan lain masa-masanya.
Ada yang tersilap pada percakapan,
ada yang tersilap pada penulisan,
ada yang tersilap pada pendengaran,
ada yang tersilap pada penglihatan,
ada yang tersilap pada kefahaman.

Ada yang silapnya besar,
ada yang silapnya kecil,
ada yang silapnya diketahui,
ada yang silapnya dapat disembunyi,
ada yang silapnya dijaja sana dan sini.
Kita tidak suka silap kita dijaja,
sebab kita tersilap,
dan mungkin kita terlepas pandang akannya,
kita semua mahu aib kita ditutup,
maka kita tutuplah aib orang lain yang terbuka.
Kita semua manusia,
manusia semua ada silapnya.
Jangan jaja salah orang,
macam diri sendiri sudah sempurna.
Muhasabah.

Hilal Asyraf(Official)

Tuesday, November 12, 2013

Rumahtangga Cinta


Bukan kita bina rumahtangga,
semata suka-suka,
untuk nafsu sahaja,
tetapi untuk masa hadapan,
untuk ummah kita,
dan buat akhirat sana.

Rumahtangga kita rumahtangga cinta,
kalau benar cinta mesti mahu ke syurga,
jika melempar ke neraka bagaimana namanya cinta?
cinta palsu mungkin,
cinta sebenar tidak akan begitu rupanya.

Maka apakah buktinya kita cinta?
Bukanlah semata dengan kata,
tetapi dengan amal dan tindakan kita,
bergerak di atas panduanNya,
menyisih dari kemurkaanNya,
rumahtangga cinta itu kita bina,
untuk dunia dan akhirat sana.

Hilal Asyraf(Official)

Isilah masa dengan kebaikan


Semakin kita membesar,
semakin kita jadi 'lali' dengan masa.

Sebulan yang mempunyai empat minggu,
kadang terasa seperti empat hari sahaja gayanya.

Sejam yang dahulunya panjang,
kita terasa seperti 60 saat sahaja.

Pantas masa berlalu,
dan hilangnya takkan kembali,
isilah masa dengan kebaikan,
maka tidaklah kita menjadi rugi.

Saturday, November 9, 2013

Siapa pun kita dahulu, ia bukan penentu kita yang sekarang.



Siapa pun kita dahulu,
ia bukan penentu kita yang sekarang.

Namun kita yang sekarang,
punya peluang,
untuk berusaha,
menentukan kita di masa akan datang.

Kalau kita hebat pada masa dahulu,
tak guna diungkit jika sekarang bukan begitu.

Kalau kita orangnya jahat pada masa lalu,
itu bukan penentu hari ini kita akan terus begitu.

Semalam telah berlalu,
esok belum tentu,
namun hari ini di tangan kita,
maka hari ini kita hargainya,
kebaikan kita tambah,
keburukan kita patah,
agar esok adalah hari yang lebih cerah,
dengan hari ini kita mula berubah.

Jangan biar semalam menentukan kita,
kerana bila Tuhan memberikan kita hari ini,
itu tanda ujian belum terhenti,
juga peluang belum termati.

Yang semalamnya baik, berusaha kekal dan pertingkatkan,
yang semalamnya buruk, hari baru adalah salam perubahan!

Tuesday, October 8, 2013

Alangkah ruginya kita

Alangkah ruginya kita,
bila hari baru yang diberi Allah,
kita bazirkan dengan maksiat dan dosa.

Di manakah rasa malunya kita?
Hendak masuk syurga,
tetapi bila diberi peluang,
kita buang.

Monday, October 7, 2013

Kebenaran dan keadilan


Kebenaran dan keadilan,
mereka berdua akan menunjukkan wajah yang sebenar,
di akhirat sana.

Sekarang zaman fitnah,
berselirat dusta di sini dan sana,
semua mengaku benar,
sedang diri banyak cela.

Semoga Allah selamatkan kita,
dari fitnah nista,
lagi durjana.

Saturday, October 5, 2013

hanya kematian nanti semuanya terhenti

Di tengah kesukaran hidup,
selepas tamatnya tangisan,
senyumlah,
gembirakan diri,
tenangkan hati.


Hidup belum berakhir,
selagi itu pintu peluang terbuka,
kita akan sedar,
begitu jugalah arusnya duka,
hanya kematian nanti semuanya terhenti,
tinggal pilihan di tangan kita,
mati dalam senyuman,
atau kekecewaan.

Adil itu tersembunyi wajahnya,
di akhirat akan muncul keadilan yang sebenarnya,
di tangan Tuhan adil akan tiba,
dunia ini ujian hanya.

Bila kita percaya,
percaya kan menerbit senyum,
pada bibir,
pada jiwa,
selepas kita tahu,
berpanjangan tangis tak menyelesai masalah kita.

Bangkit,
percaya,
selagi bernyawa,
terus usaha,
Dia bersama kita.

Tidak kita bahagia di dunia,
biarlah bahagia di akhirat sana.
Jangan putus asa dan kecewa,
nanti dunia merana,
di akhirat tambah berduka.

Ujian hidup ini,
kita gagah hadapinya!

~ Hilal Asyraf ~

1904
051013
Gombak,
Malaysia.

Saturday, September 28, 2013

Dan hanya di akhirat kelak, kebenaran akan dipaparkan

Hidup ini sebuah pencarian.

Kita akan terus mencari akan kebenaran.

Dan hanya di akhirat kelak, kebenaran akan dipaparkan.

Maka sepanjang hidup,
jangan taksub,
jangan dirasa ada yang sempurna selain Tuhan,
jangan dikata ada kumpulan itu satu-satunya pemegang kebenaran.

Tuhan turunkan agama ini,
dengan kalimah iqra' ia dimulakan.

Membacalah,
dengan mata,
dengan kaki dan tangan.
Bersama minda, hati dan jiwa yang tidak dipenjarakan.

Wednesday, September 25, 2013

kembarnya hidup ialah ujian


Kadang,
kita hajatkan masa terhenti,
biar kita berada di dalam waktu yang kita suka,
kekal bahagia dan bererti,
hilang duka dan duga.

Tetapi hidup tidak sedemikian,
kembarnya hidup ialah ujian,
masa ke semasa kita akan diuji,
menilai kembali keimanan diri.

Dalam mencari kebahagiaan


Dalam mencari kebahagiaan,
ramai tidak bergerak mencari Tuhan.

Ramai menyangka bahagia ada pada duit,
pada manusia lain,
pada populariti,
pada gunung ganang,
pada mentari,
pada laut,
dan sebagainya lagi.

Tetapi semua itu tidak mempunyai bahagia.
Bahagia adalah apabila roh kita tenang, jiwa kita senang,
dan siapakah yang Maha Membolak-balikkan jiwa?

Kembalilah kepada Dia,
mengapa masih ingkar,
mengapa masih mengumpul dosa,
sedang tenang itu hanya ada padaNya.

Friday, September 20, 2013

Medan dakwah ni luas.

https://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643

Medan dakwah ni luas.
Ada yang fokus menjadi aktivis.
Ada yang kerjanya buat program seminar/wacana.
Ada yang buat rumah anak yatim.
Ada yang jadi cikgu/pensyarah.
Ada yang jadi doktor.
Ada yang buka kelas-kelas ilmiah.
Ada yang bina kumpulan sukan berimejkan tata tertib Islam.
Ada yang menulis karya kreatif bermesejkan Islam.
Ada yang menulis buku motivasi.
Ada yang berpuisi.
Ada yang rajin update benda Islamik di laman sosial.
Ada yang gerakkan jemaah Islam dengan fokus-fokus yang pelbagai.
Ada juga yang menceburi politik.
Ada yang jadi vlogger.
Ada yang jadi penasyid.
Ada pula yang hanya berakhlak baik, menjadikan orang bila tengok dia, rasa nak bersangka baik terhadap agama ini.

Semuanya insyaAllah kheir bila saling hormat menghormati.

Masalahnya adalah apabila kita rasa medan kita lebih baik dari medan yang lain, dan kita mula memperlekehkan orang yang tidak menceburi medan kita.

Setiap manusia ada potensinya.
Jangan kita lupa semua orang itu bukannya sama.

Thursday, September 19, 2013

Saat kita kadangkala terjaga di tengah malam

Bila kita tidak dapat tidur,
saat kita kadangkala terjaga di tengah malam,
atau terkejut beberapa waktu sebelum Subuh,
maka mengapa kita sekadar berbaring,
atau kembali memejamkan mata,
menarik selimut,
dan mengenepikan panggilanNya?

Mungkinkah itulah dia kejutanNya,
agar kita bertaubat dan memohon keampunan,
menambah amal,
berdoa dan mencacak harapan,
mengadu dan berbicara dengan Tuhan.

Kita hamba banyak dosa,
tetapi Tuhan tidak pernah meninggalkan kita,
seringkali Dia memanggil,
namun kita juga yang buat lupa,
tidak mahu mendengar,
jauh sekali menjawab.

Kadang di sebalik tidur yang terganggu,
wujudnya hikmah yang tak terungkap.


Hilal Asyraf(Official)

Sunday, September 15, 2013

hidup ini tidak semudahnya semua hitam dan putih

Bila kita banyak membaca dan mendengar pelbagai pandangan orang lain,
bila kita menghayati keluasan hidup,
bila kita sering meneliti perjalanan masa lalu,
dan kadangkala bila kita muhasabah pada diri kita apa yang terlah berlaku,
kita akan tahu,
hidup ini tidak semudahnya semua hitam dan putih,
banyaknya kelabu,
buat kadang kita perlu berteleku,
mana yang benar, dan mana yang palsu.

Hilal Asyraf(Official)

Kerna mencari redhaNya, telah menjadi tujuan kehidupan ini.

Populariti akan hilang,
kawan akan pergi,
manusia yang tersayang akan mati,
duit akan habis,
barang akan rosak,
masa akan terhenti,
diri akan mati.

Ya, hidup ini sebenarnya sunyi.
Memikirkan pengakhiran sedemikian, ramai manusia terhenti.

Tetapi jikalah manusia kenal akan Ilahi,
Yang Tidak Tidur jauh sekali mengantuk,
yang tidak alpa dan meninggalkan,
Yang Abadi dan tidak akan mati,
yang akan membangkitkan kita semula di hari nanti,
maka hidup ini tidak akan pernah sunyi,
segala kehilangan kita yakin bakal berganti,
segala kekurangan kita yakin akan ditampungi,
segala kegagalan kita yakin ada hikmahnya nanti,
segala kesenangan kita yakin Dialah yang memberi,
kebongkakan akan terhapus,
putus asa akan lupus,
kesunyian pun akan menghilang,
diganti dengan usaha untuk meneruskan kehidupan ini.

Kerna mencari redhaNya,
telah menjadi tujuan kehidupan ini.

Dan Dia tidak suka hambaNya yang berputus asa.
Hanya yang terusan percaya,
akan dipanggil ke syurgaNya.

Sungguh berertinya hidup,
yang sedemikian rupa.


Hilal Asyraf(Official)

Thursday, June 14, 2012

Bukan kerana dia, dia, dia atau dia.

 
Aku tidak hidup dek puji,
Aku tidak mati dek keji.

Bukanlah insan yang memberikan rezeki,
Tetapi adalah Ilahi.

Kita laksanakan sesuatu kerana Dia,
Kita tinggalkan sesuatu juga kerana Dia.
Bukan kerana dia, dia, dia atau dia.

Diri ini hanya tunduk kepada pemilik syurga dan neraka,
Kepada yang lain,
Kamu jangan angkuh,
Kerana engkau dan aku,
Kita hanya serupa.
Hilal Asyraf
 

Wednesday, January 11, 2012

Puisi Rehat Kita Hanya Bila Mati.


Kita letih,
Kita penat,
Rasa ingin menyisih,
rasa ingin berehat.

Kita kecewa,
kerja tidak menjadi,
kita terasa,
usaha seperti debu berterbangan pergi.

Tetapi kita memandang semula realiti,
apakah rehat yang kita mahukan itu rehat yang sebenar?
Atau sekadar ketidak hirauan kepada kebenaran,
dan menggapai rehat palsu yang mengkelabukan pandangan?

Berdiri kita di atas paksi hidup yang berjalan.
Semua bergerak dan kita ingin berehat?
Apakah keputusan kepada perjuangan?
Sedang panji kegelapan terus berkibaran.

Rehat kita hanya kala mati,
biar penat dan lelah menjadi pakaian,
biar keringat dan sakit menjadi tali pinggang,
asal kita mati dengan kemenangan,
atau di kala sedang berjuang,
agar nanti di kubur sudah bermula kerehatan,
kepada abadinya sebuah syurga penuh kenikmatan.

~ HilalAsyraf ~
1508
110112
Irbid,
Jordan.

Wasiat Rasulullah kepada Muaz

"Wahai Muaz
kuwasiati agar
bertakwa kepada Allah,
berbicara yang benar,
teguh memegang janji,
menyampaikan amanat,
meninggalkan khianat,
mengasihi anak yatim,
menjaga tetangga,
menahan amarah,
berbicara lembut,
memberi salam,
setia pada imam,
memahami al-Quran,
menyukai akhirat,
memprihatinkan hisab,
memendekkan angan-angan,
dan beramal baik.
Serta aku larang engkau
memaki orang Islam,
membenarkan orang dusta,
mendustakan orang benar,
menderhaka imam adil,
dan membuat kerosakan di muka bumi."

Badi' az-Zaman Sa'id alNursi

Dunia ini adalah kitab Allah Yang Maha Abadi. Segala sesuatu di atasnya tidak memberi apa-apa, tetapi ia menggambarkan dan membuktikan kekuasaan dan sifat Penciptanya. Oleh itu tinggalkanlah segala gambaran-gambaran itu dan perhatikanlah apa yang menjadi pengajaran darinya.

Dunia ini adalah perladangan. Oleh itu bercucuk tanamlah dan tuailah hasilnya. Jangan dibiarkan ia dipenuhi semak dan duri dan kekotoran.
Puisi-puisi RS^


ANDAINYA AKU PERGI

Tiada apa yang dapat kukesali
andainya mentari pagi
tidak akan dapat kutatapi
memang itu janjiMu Ya Ilahi
tiap yang hidup pastikan mati.

Tiada apa yang dapat kubekali
hanya amal ibadat duduk di sisi
harta benda tidak bererti
itu semua hiburan seketika
pasti ianya lenyap jua.

Aku tidak mahu ditangisi
andainya aku pergi
tetapi yang aku idami
ampun maaf semua sekali
doa untukku usah dilupai
agar terampun dosa yang kulakui.

Hayati Yahaya

Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...


http://nurulfarienaasli87.blogspot.com/

Mengenali Syeikh Abbas Asisi: Penyeru Cinta Dakwah

Thursday, January 22, 2009













Pada tanggal 8 Ramadhan tahun 1425 H bertepatan dengan tanggal 22 Oktober 2004 dakwah Islam telah mengakar di Mesir, Syeikh Abbas As-sisi –rahimahullah- salah seorang tokoh pada tahun 30 an, pemilik institusi khusus dakwah yang dikenali dengan sekolah penuh cinta kerana pemiliknya terkenal dan masyhur dengan seorang yang penuh cinta, murah senyum, hati yang lapang dan terbuka. Beliau merupakan salah seorang dari sekian banyak orang yang tidak pernah kering dengan ideologinya dan amat teguh dalam dakwahnya walau dengan cubaan dan ujian yang berat yang menimpa dakwah di Mesir, bahkan beliau menerimanya dengan penuh cinta, syiar beliau yang paling terkesan adalah “Dakwah kepada Allah adalah cinta” dan bahkan syiar tersebut menjadi judul buku pada sekolah dakwah, dan dikenal oleh banyak generasi bahawa dakwah adalah cinta dan bahawasanya dakwah Islam tidak mengenal kekerasan.

Tentunya tidak asing bahawa beliau memiliki banyak pengikut -25 ribu atau lebih- dari pemuda yang mencintai beliau dan menimba ilmu dan pembinaan di sekolahnya, mendapatkan konsep-konsep tarbiyah yang dianggap telah usang dan konsep-konsep tarbiyahnya yang telah hilang dari banyak generasi di masa awal setelah mereka ditempa tarbiyah ala militer dan nilai-nilai keperajuritan yang keras, yang telah menghabiskan masa muda mereka di balik jeruji besi dan berkunci rapi; sehingga memberikan pengaruh yang sangat besar terhadap manhaj dakwah ketika berhadapan dengan ujian dan siksaan.

Adapun beliau setelah keluar dari penjara seperti seorang yang lebih muda dari para pemuda lainnya; banyak senyum dan toleran walaupun terhadap musuhnya, dan melalui tangan beliau yang halus dakwah Islam bergerak, khususnya di tengah para pemuda “Jamaah Islam” di beberapa universiti di Mesir, metode dan sekolah beliau menjadi sebab bergabung dan bersatunya -terutama jamaah al-ikhwan al-muslimun pada tahun 70 an-, para ulama seperti Ibrahim Az-Za’farani dan Khalid Daud di Alexandria, Abdul Mun’im Abdul Futuh dan Hilmi Al-Jazar di Kaherah, dan Abu al-Ala Madhi di pedesaan.

Guru para pemuda tentang cinta dan perasaan

Abbas As-sisi merupakan sosok penghubung yang lembut dengan para pemuda terutama saat pecah gerakan kebangkitan Islam pada tahun 70 an yang memiliki pengaruh sangat besar dari terhindarnya para pemuda pada garis keras dengan manhaj dan metode dalam berdakwah kepada Allah yang bijak bijak.

Abbas As-sisi juga memiliki pengaruh yang besar dalam meluruskan etika dan perilaku Islam khususnya di Kota Alexandria -sebagai salah satu pusat kebangkitan yang menjadi medan dakwah yang luas-, mungkin hanya sedikit dari para da’i yang menerapkan kaidah ini dalam perilaku dan interaksi hingga dapat memberikan kelembutan di antara para pemuda dengan dai penyeru perasaan; kerana begitu banyak yang dibicarakan dan ditulis serta dimotivasi sehingga memiliki hubungan dengan beliau.

Abbas As-sisi (1918-2004) merupakan salah seorang da’i generasi awal dalam harakah Islam yang gigih dalam berkomunikasi dengan para pemuda dan memfokuskan dakwah kepada mereka, berinteraksi dengan mereka selama beberapa tahun antara kemajuan dan kemunduran. Beliau memiliki banyak pelajaran yang mampu memberikan pengaruh pada setiap tingkatan. Beliau juga telah menyaksikan kemajuan dakwah Islam pada kurun waktu tahun 80 an yang merambah ke dalam berbagai universiti di seluruh pelusuk kota di Mesir. Sebagaimana beliau juga merupakan salah seorang da’i terkemuka sehingga nadwah yang dihadiri oleh beliau pada tahun 1984 berjumlah 27 nadwah. Sosok yang gigih dalam mensosialisasikan ruh yang lurus dan tawadhu pada diri pemuda, jauh dari pengaruh akibat kemenangan yang mendapat bahaya ketika berkomunikasi langsung dengan para pemuda.

Begitupun muhadhoroh-muhadhoroh beliau di kota Alexandria setelah dimulainya gerakan pengikisan di berbagai universiti Mesir, dan setelah terjadi benturan antara gerakan dan kekuasaan yang berakibatk pada tersosialisasikannya persatuan pelajar, lembaga sosial dan aktiviti di masjid-masjid, memberikan pengaruh besar dalam menenangkan jiwa yang bergolak dan menghilangkan sikap ekstrim, setelah adanya pertemuan dalam muhadhoroh saat itu.

Beliau tidak pernah meremehkan undangan para pemuda untuk berjumpa dengannya, kerana beliau memang gigih dalam menanamkan ruh cinta dan ukhuwah diantara mereka, sebagaimana beliau tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk berkunjung, beliau berkata :

“Saya pernah diundang untuk ziarah pada sekumpulan pemuda, dan memakan waktu perjalanan selama 3 jam ! dan ketika tiba, saya dapati mereka telah menyambut saya sambil duduk! Mereka diam seperti batu, perasaan mereka seakan kosong, mata mereka seakan mati, akhirnya salah seorang yang tertua dari mereka menghampiri saya lalu saya sampaikan kepada mereka dengan tanpa perasaan dan ruh. Setelah selesai berbicara mereka berterimakasih kepada saya dan saat saya keluar seakan saya berta’ziyah pada orang yang meninggal!! Lalu saya kembali dengan sedih terhadap apa yang saya saksikan dan lihat!!

Waktupun berjalan; hari demi hari, minggu demi minggu, datang kepada saya salah seorang akh yang mengundang saya sebelumnya, datang mengundang sekali lagi untuk mengunjungi mereka.

Saya katakan kepadanya: Kemana?

Dia berkata: kepada Ihkwah.

Saya katakan kepadanya: apakah mereka ikhwah?

Dia berkata: Ya.

Saya berkata: Mustahil mereka dapat merasakan makna ukhuwah, bagaimana mereka seorang ikhwah…padahal datang kepada mereka seorang tamu, perjalanannya memakan waktu 3 jam, datang dengan penuh kerinduan yang membara, perasaan yang bergelora, dan jiwa yang lapang. Namun mereka menerimanya dengan perasaan yang lesu dan duka. Begitulah kehebatan tokoh ini begitu menghargai dan menghayati nikmat ukhwah dalam berjamaah.


http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2009/01/mengenali-syeikh-abbas-asisi-penyeru.html

Mengenang Pemergian Abbas Assisi

Menjelang buka puasa 11 Ramadhan yang lalu (1425 H) seseorang memberitahu sebuah berita duka. Tiga hari sebelumnya, 8 Ramadhan Ustadz Abbas As-Sisy wafat setelah tidak sedar selama dua minggu dan mendapat perawatan perubatan secara intensif di sebuah hospital di Alexandria.

Jika Allah memuliakan sebahagian tempat atas lainnya. Maka untuk meraih tempat berkah tersebut kita mesti menziarahi ke sana. Selain itu Allah juga meninggikan darjat sebahagian waktu atas yang lainnya. Kita tunggu atau tidak, waktu tersebut akan melewati kita. Dan setelah itu terserah kita. Memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya atau bahkan bersikap tidak acuh dan seolah ia tidak ada.

Apapun sikap kita, Ramadhan telah menemui kita. Ustaz Abbas pun mendapat sebuah kehormatan dipanggil Allah di bulan mulia ini. Meskipun mungkin selama Ramadhan beliau tidak melakukan apa-apa. Tapi bukankah ketika beliau sedar beliau menafkahkan seluruh hidupnya untuk kemaslahatan dakwah Islamiyah. Kerana itu tidak berlebihan seandainya 8 hari beliau di bulan ini dihitung dan dilipatgandakan oleh Allah. Dia lah yang Maha mengetahui. Maha Pengasih yang sangat luas cintanya.

Ustaz Abbas memang tidak sepopular Syeikh Yusuf al-Qaradawy yang buku-bukunya sudah diterjemahkan ke berbagai bahasa.

Lelaki yang tamat usia pada tahun ke 86 ini mewaqafkan hidupnya untuk sebuah idealisme risalah dakwah. Semasa kecil beliau sangat mahir bermain bolasepak dengan lincah. Beliau bahkan mengaku tidak pernah membayangkan akan boleh menulis. Seperti yang diungkapkannya di mukaddimah Fi Qafilah al-Ikhwan al-Muslimin.

Buku setebal 855 halaman ini merupakan sebagian catatan perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan Hasan al-Banna, teman dan sekaligus gurunya yang mengajarkan kekuatan cinta. Beliau meresapi benar petua sang guru, "Perangilah manusia dengan (senjata) cinta."

Saya baru saja merancang untuk bertemu dengan beliau. Kerana lintasan berbagai peristiwa yang beliau rakam dengan goresan tinta benar-benar sarat pelajaran dan ibrah. Saya belum sempat menamatkannya. Kerana ingin perlahan-perlalan menelusuri sejarah beliau. Kisah yang sangat unik, menarik dan bukan fiktif.

Beliau adalah guru cinta bagi dakwah al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Ceramah dan tulisan-tulisannya selalu ditargetkan buat membidik hati. Bukan sekadar menebar pesona dan simpati. Namun, kekuatan karisma, cinta dan rasa persaudaraan yang tinggi.

Beliau adalah "sisa-sisa" generasi awal IM yang melalui hari-hari pahit di balik jeriji dan berbagai intimidasi serta tuduhan stigma subversif. Kegigihannya tidak menjadikan gaya hidup beliau menjadi keras. Sebaliknya, lelaki berambut putih itu selalu menebar senyum untuk siapa saja. Dalam keadaan apa saja. Di mana saja. Jelas, keteduhan yang dalam akan nampak di wajahnya yang meski dimakan usia tapi tetap berseri menawarkan semangat hidup yang tidak pernah padam.

Lihat saja dalam tulisan-tulisannya, ath-Thariq ila al-Qulub (Jalan Menuju Hati), Da'wah ilallahi Hubb, al-Hubb fillah Risalah, adz-Dzauq Suluk ar-Ruh dan lain-lain. Bacalah bukan hanya dengan mata. Hati Anda benar-benar telah ditariknya.

Kegigihan dan keberaniannya tidak pernah diragukan. Beliau terlibat dalam perang dunia 1940 di Gurun Barat (Gharbea). Beberapakali mengalami penangkapan. Dan pada awal 80-an menjadi salah seorang perintis dakwah IM di luar negeri.

Saya sebenarnya kecewa. Tidak ada satu media pun yang memberitakan kepergiannya. Mengulas profilnya untuk diketahui perjuangannya dan dijadikan ruh perubahan. Sabtu, Ahad, Isnin pun berlalu. Tidak satu pun menyebut namanya. Sampai akhirnya saya menemuinya di Tabloid Mingguan Afaq Arabia. Tabloid parti pembangkang ini mengulas panjang profil beliau dan komentar tokoh-tokoh penting IM. Termasuk diantaranya, pimpinan spiritualnya, Syeikh Muhammad Mahdy 'Akif.

IM kehilangan salah satu tokoh pentingnya. Dan umat Islam juga merasakannya. Jasadnya memang tertanam dalam perut bumi. Namun, hatinya selalu hadir di tengah-tengah pada da'i, penerus hasratnya. Sebagaimana hasrat para pendahulunya.

Kini lelaki itu telah pergi. Menjumpai kekasihnya. Meninggalkan kefanaan yang kadang membuat terlena. Dan memasrahkan kebijaksanaan dakwah pada generasi setelahnya. Mahukah kita menyambut tongkat kebijaksanaan dakwah tersebut?

Saiful Bahri

Cairo, 20 Ramadan 1425